Genting Plantations melabur dalam AI tambah baik teknologi pertanian  | DagangNews Skip to main content

Genting Plantations melabur dalam AI tambah baik teknologi pertanian 

  

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Genting Plantations Berhad (GENP) membuat pelaburan di dalam artificial intelligence (AI) bagi menambah baik teknologi pertanian kumpulan. 

 

Perkara ini diumumkan syarikat AI dari Singapura, Adatos Pte Ltd (Adatos) yang telah memuktamadkan pusingan pembiayaan Siri A daripada GENP, tanpa mengumumkan jumlah pelaburan tersebut.

 

“Kami menggunakan data satelit sumber terbuka untuk menyediakan analisis bersesuaian, berimpak tinggi dan berkos rendah kepada pelanggan kami di pasaran pertanian dan karbon,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Adatos, Jonathan Paul dalam satu kenyataan.

 

Jonathan Paul
Jonathan Paul

 

Pusingan pembiayaan itu membolehkan Adatos mengembangkan perniagaannya ke dalam industri minyak sawit dan pertanian.

 

Adatos menawarkan rangkaian teknologi AI canggih sehingga set data satelit kompleks untuk menyediakan maklumat strategik buat pasaran pertanian dan karbon.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GENP, Tan Kong Han berkata, pelaburan di dalam AI Adatos akan meletakkan kumpulan di barisan hadapan revolusi teknologi pertanian.

 

GENP difahamkan telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Adatos selama lebih tiga tahun. 

 

Teknologi berkenaan dijangka mendatangkan kemampanan yang lebih tinggi kepada produktiviti operasi GENP.

 

Setakat 4.18 petang, harga saham GENP menyusut 5 sen kepada RM6.95. - DagangNews.com