KUALA LUMPUR 4 Julai - Goldman Sachs tidak menjangkakan permintaan minyak global akan `pulih sepenuhnya’ atau melonjak ke paras sebelum berlaku pandemik COVID-19, sehingga 2022.
Lantunan semula permintaan itu, akan dipacu oleh pemulihan dari segi perjalanan ulang-alik, pengangkutan persendirian dan perbelanjaan lebih tinggi di dalam sektor prasarana.
Permintaan global akan jatuh sebanyak 8% pada 2020 dan melantun balik sebanyak 6% pada 2020, kata penganalisis Goldman Sachs di dalam nota kajian yang diterbitkan kelmarin.
Pihak yang paling besar kerugian kesan daripada panemik dari segi permintaan bahan api adalah bahan api jet kerana masa perjalanan udara dikurangkan begitu banyak, kata penganalisis tersebut.
Selagi belum ada vaksin, kejatuhan daripada segi keyakinan pengguna di dalam menggunakan pesawat akan berterusan dalam jangka masa panjang.
``Permintaan terhadap bahan api jet tidak akan melantun semula ke paras sebelum krisis pandemik sehingga 2023,’’ kata Goldman.
Dalam semua produk minyak, minyak petrol akan menyaksikan pertambahan dari segi permintaan, dibantu oleh perubahan tingkah laku pengguna daripada menggunakan pengangkutan awam kepada pengangkutan persendirian dan menambahkan penggunaan kenderaan berbanding penerbangan bagi perjalanan domestik terutama di Amerika Syarikat, China dan Eropah, kata Goldman lagi.
Permintaan terhadap diesel dijanga memulih ke paras sebelum krisis menjelang 2021, didorong oleh pertambahan di dalam perbelanjaan kerajaan ke atas prasarana.
Satu aspek menarik ialah Goldman menjangkakan penggunaan kenderaan elektrik di Eropah bakal `mencabar’ permintaan ke atas diesel.
Unjuran Goldman Sachs ini adalah susulan daripada pemulihan harga minyak global secara dramatik pada Mei dan Jun ketika negara-negara melonggarkan larangan pergerakan dan membuka negara di seluruh dunia.
Kedua-dua penada aras harga minyak global meningkat lebih 80% pada suku kedua, tetapi masih terbantut di dalam wilayah pasaran bear, menurun lebih daripada satu per tiga sejak awal 2020.
Di dalam unjuran yang sedikit berbeza, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangka pemulihan global dari segi permintaan minyak akan berlaku pada tahun hadapan.
Agensi itu mengubah unjuran awalnya mengenai permintaan minyak mentah Brent global jatuh sebanyak 9.1 juta tong sehari, memandangkan penyampaian bekalan lebih baik daripada dijangka berikutan kelonggaran perintah larangan bergerak.
Penanda aras Minyak Mentah Antarabangsa didagangkan pada AS$42.70, susut 1% pada Jumaat, dan US West Texas Intermediate pula AS$40.19, jatuh 1.1% pada awal dagangan Eropah. – DagangNews.com