KUALA LUMPUR 11 Julai - Pengarah bukan bebas bukan eksekutif Citaglobal Berhad, Ikhlas Kamarudin tidak lagi menjadi pemegang saham utama kumpulan syarikat itu.
Beliau telah melupuskan 5.5% pegangan melalui Citaglobal Energy Resources Sdn Bhd (CERSB) pada harga RM29.9 juta melalui transaksi perniagaan langsung, pada 6 Julai lalu.
Bagaimanapun Ikhlas, 31, masih memegang kepentingan tidak langsung sebanyak 2.88% atau 12 juta saham dalam syarikat itu.
Ikhas dan CERSB pertama kali muncul sebagai pemegang saham besar Citaglobal pada Disember 2019.
Beliau adalah antara orang yang bertindak secara bersama (PAC) dengan pemegang saham terbesar Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, untuk melanjutkan pengambilalihan mandatori Citaglobal pada 2022. - DagangNews.com