Ditawar selama 4 hari mulai 12:01 pagi, 19 April sehingga 11:59 malam, 21 April 2023 dan mulai 12:01 pagi, 24 April hingga 11:59 malam sepanjang hari
1) Pengguna dinasihatkan supaya memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran tol yang sama.
Sebagai contoh, jika pengguna masuk ke lebuh raya menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka juga perlu keluar dari lebuh raya menerusi lorong Touch ‘n Go. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
2) Sekiranya pengguna lebuh raya memilih untuk menggunakan RFID, mereka masih perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID yang disediakan. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet Touch ‘n Go mereka.
3) Pengguna lebuh raya akan menikmati Tol Rahmah Percuma ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
4) Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd. Ini adalah bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol jika terdapat pengguna lebuh raya menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
5) Pengguna juga dinasihatkan supaya keluar di plaza tol terdekat sekiranya mereka menghampiri tempoh berakhirnya pemberian Tol Rahmah Percuma tersebut. - DagangNews.com