IPO ITMAX System terlebih langgan sebanyak 18.2 kali | DagangNews Skip to main content

IPO ITMAX System terlebih langgan sebanyak 18.2 kali

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Dis - Tawaran awam permulaan (IPO) ITMAX System Berhad terlebih langgan sebanyak 18.2 kali.

 

IPO ITMAX System melibatkan terbitan 320 juta saham yang terdiri daripada penawaran 289,160,000 saham kepada pelabur institusi dan terpilih, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI Tranche) pada harga institusi yang akan ditentukan melalui harga institusi dan penawaran institusi.

 

Penawaran runcit sebanyak 30,840,000 saham terbitan kepada pengarah, kakitangan ITMAX System yang layak dan anak syarikatnya, orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan dan orang awam Malaysia pada harga runcit RM1.07 setiap saham.

 

Bagi Tawaran Institusi, Pengumpul Buku Bersama telah mengesahkan bahawa 289,160,000 saham yang ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih telah dilanggan sepenuhnya.

 

Sebanyak 11,354 permohonan untuk 394,782,600 saham terbitan dengan nilai RM422,417,382.00 telah diterima daripada orang ramai Malaysia bagi 20,560,000 Saham Terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, yang mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 18.20 kali.

 

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 5,867 permohonan untuk 125,613,200 saham terbitan telah diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 11.22 kali.

 

Bahagian awam, sebanyak 5,487 permohonan untuk 269,169,400 saham terbitan telah diterima yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 25.18 kali.

 

Notis Peruntukan akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya pada atau sebelum 12 Disember 2022.

 

Maybank Investment Bank merupakan penasihat utama, penaja jamin bersama, penaja jamin pengurusan dan penaja jamin bersama untuk IPO.

 

CIMB Investment Bank ialah penaja jamin bersama untuk penyenaraian itu. - Dagangews.com