Jambatan Pulau Pinang ditutup pada 11 Disember 2022 bermula 12 tengah malam hingga 10 pagi | DagangNews Skip to main content

Jambatan Pulau Pinang ditutup pada 11 Disember 2022 bermula 12 tengah malam hingga 10 pagi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Dis - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bagi acara Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada 11 Disember 2022 bermula 12 tengah malam sehingga pukul 10 pagi.

 

Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara tersebut.

 

"PLUS menasihatkan orang ramai untuk menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

 

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. - DagangNews.com