Juruaudit luar Opcom letak jawatan susulan pertikaian mengenai yuran audit | DagangNews Skip to main content

Juruaudit luar Opcom letak jawatan susulan pertikaian mengenai yuran audit

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Juruaudit luar Opcom Holdings Bhd, Messrs Baker Tilly Monteiro Heng PLT (Baker Tilly)  meletak jawatan kerana pertikaian mengenai yuran audit.

 

“Perletakan jawatan itu disebabkan pertikaian mengenai yuran yang berkaitan dengan menjalankan audit.

 

"Pertikaian pendapat ini timbul daripada operasi yang diperluaskan dan seterusnya peningkatan dalam yuran audit,” kata pengeluar gentian optik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


 

Messrs Baker Tilly Monteiro Heng PLT

 


Syarikat itu sedang melantik juruaudit baharu menurut Seksyen 271(2)(b) Akta Syarikat 2016.

 

Opcom berkata ia tidak mengetahui sebarang perkara lain yang perlu dimaklumkan kepada pemegang sahamnya. - DagangNews.com