Kameel Abdul Halim diumum sebagai presiden/CEO Cagamas mulai 11 September 2023 | DagangNews Skip to main content

Kameel Abdul Halim diumum sebagai presiden/CEO Cagamas mulai 11 September 2023

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Cagamas Bhd mengumumkan pelantikan Kameel Abdul Halim sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 11 Sept 2023.

 

Kameel akan menggantikan Datuk Chung Chee Leong, yang tamat penggalnya pada 30 Ogos 2023.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, perbadanan gadai janji negara itu menyatakan bahawa Kameel mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan pelbagai kepakaran dalam perbankan komersial, kewangan pembangunan dan perbankan pelaburan.

 

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Coventry, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Pengurusan Risiko (Kepujian) dari Universiti Nottingham, UK.

 

"Lembaga pengarah berbesar hati mengalu-alukan Kameel kerana beliau menerajui syarikat dalam fasa pertumbuhan akan datang," kata Cagamas. - DagangNews.com