Kempen komunikasi digital meningkatkan pengetahuan dan kesedaran rakyat tentang masyarakat Malaysia Madani | DagangNews Skip to main content

Kempen komunikasi digital meningkatkan pengetahuan dan kesedaran rakyat tentang masyarakat Malaysia Madani

oleh Mohamed Shafiq Ayub dan Afizan Amer

KONSEP Malaysia Madani bukan slogan semata-mata, tetapi akan diterjemahkan melalui segala usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, selain menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

 

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil,  konsep itu akan dijadikan sebagai panduan kepada semua dan kementerian untuk mencapai indeks prestasi utama (KPI) masing-masing, yang ditetapkan.

 

Menurutnya Merakyatkan masyarakat Madani memerlukan penilaian dan pencapaian jumlah program yang dilaksanakan oleh setiap kementerian sebaliknya dinilai dengan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan atau kualiti program dalam membantu masalah yang dihadapi.

 

Slogan Malaysia Madani, memberi justifikasi kepada pelbagai aspek iaitu isu-isu sosial, ekonomi, politik, komunikasi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya. Jelas sekali kerajaan memperkenalkan MADANI sebagai Konsep Madani ini beri fokus kepada usaha yang lebih baik (bantu rakyat) dan tambah baik mutu perkhidmatan kepada rakyat.

 

Kempen kerajaan merakyatkan Malaysia Madani diteruskan dalam program Ruang Bicara yang membincangkan  tajuk “2023: Malaysia Madani Memperkasa Digital” terbitan Bernama TV. Perdana Menteri Anwar Ibrahim  telah memperkenalkan “Malaysia Madani”  pada 19 Januari 2023 lalu sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

 

parafrasa

 

Dalam hubungan ini, komunikasi dalam Merakyatkan Madani telah banyak usaha dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). KKD turut mengambil serius dan berat tentang masalah akses internet dan telekomunikasi yang dihadapi rakyat yang akan diberi perhatian dan diselesaikan.

 

KKD telah mengumumkan pengurangan harga Internet prabayar mudah alih (Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih) yang akan dilaksanakan mulai bulan depan dan seterusnya diperluaskan bagi perkhidmatan internet jalur lebar atau “fixed-broadband”. 

 

Pihak kerajaan juga berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam komunikasi agar  merentas dunia global yang harus diperhalusi serta menambah liputan 4G kepada golongan tiga peratus terakhir iaitu penduduk di kawasan kampung dan terpencil yang masih tidak mendapat akses kepada kemudahan itu.

 

Konteks masyarakat dan negara berbilang kaum dan agama, teras tamadunnya haruslah dibentuk dari unsur-unsur universal, iaitu unsur-unsur yang diterima sebagai kepunyaan semua kaum dan semua agama.

 

Hanya dengan cara demikian sahaja sesuatu teras tamadun itu boleh menjadi penyatu yang berkesan. Tamadun Malaysia kontemporari mempunyai teras yang tersendiri. Unsur-unsur utama teras ini telah disepakati oleh semua kaum dan agama pada ketika Malaya dan Malaysia ditubuhkan dahulu. 

 

Kempen merakyatkan Madani amat mustahak dalam  kesinambungan teras tamadun Malaysia dipertahankan dan terus dipelihara. Pada masa yang sama harus difikirkan bagaimana teras ini boleh diperkukuhkan sama ada dengan cara menambah unsur-unsur universal yang baru atau menyemak semula interpretasi penerimaan rakyat terhadap unsur-unsur teras lama yang tertentu.

 

Penerimaan rakyat Malaysia terhadap unsur-unsur ini telah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tetapi lebih enam puluh tahun kemudiannya ada pihak-pihak yang mempertikaikan kewajaran teras lama ini dipertahankan.

 

Dari suatu segi, kita cukup memahaminya kerana setelah berlalunya lebih enam dekad kemerdekaan ternyata banyak perkembangan dan kemajuan yang berlaku di negara ini yang antara lainnya dimungkinkan oleh kemunasabahan dan kekuatan teras asal itu sendiri.

 

Konsep Malaysia Madani jelas sekali yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja untuk mengangkat martabat negara tetapi bagi menyelesaikan masalah semua golongan rakyat.

 

Sejajar dengan itu, semua kementerian, agensi dan badan kerajaan akan mula meneliti dokumen dan mengaplikasikan dalam dasar serta dalam pelaksanaan gerak kerja masing-masing. Kementerian Komunikasi dan Digital, terutama meneliti apa yang telah diumum perdana menteri serta gagasan yang dibawanya. 


 

parafrasa

 


‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. Konsep Malaysia Madani ini tidak cukup dengan hanya memahami enam rukun yang menjadi tonggak dasar ini tetapi juga lapan instrumen lain antaranya ekonomi, kewangan, undang-undang, institusi dan pendidikan.

 

Program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, secara keseluruhannya memenuhi matlamat kerajaan dengan penganjuran program itu dan memberi kesedaran yang berterusan untuk membuka minda yang lebih matang untuk kemajuan negara di masa depan. – DagangNews.com

 

Mohamed Shafiq Ayub adalah Pensyarah Komunikasi Digital dan Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.