KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kenanga Research positif terhadap pengambilalihan Cavpower Group (Cavpower) kerana ia membantu mengkuhkan kedudukan Sime Darby Berhad dalam sektor perlombongan dan infrastruktur di Australia.
Firma penyelidkan itu berkata, pada masa sama, ia akan membawa sinergi perniagaan Sime Darby di Australia seperti Mine Energy Solutions, Salmon (earthmoving), Haynes (tenaga kerja), Austchrome (chroming) dan Onsite Rental Group (pemberi pajak peralatan).
Katanya, Cavpower menyediakan akses kepada bahan perlombongan kritikal (tembaga, litium dan kobalt), saluran pembangunan projek perlombongan AU$3 bilion di Australia Selatan dan perbelanjaan infrastruktur AU$21 bilion di Adelaide (10 projek infrastruktur utama).
"Berdasarkan kos faedah sebanyak AU$35 juta, pengiraan kami menunjukkan bahawa pemerolehan itu akan meningkatkan pendapatan FY24 Sime Darby sebanyak 5%," katanya dalam satu nota kajian hari ini.
Terdahulu, cadangan pengambialihan tersebut akan berdasarkan tanpa tunai dan tanpa hutang, tertakluk kepada pelarasan lazim modal kerja, perbelanjaan modal serta penilaian dan rekod jumlah stok yang dipegang.
BACA JUGA: Sime Darby ambil alih firma pengedar peralatan Australia Selatan bernilai RM1.49 bilion
Kagera merupakan syarikat induk kumpulan syarikat yang mengendalikan Cavpower, beberapa hartanah dan kepentingan dalam usaha sama.
Sementara itu, Kuxton, memegang 1.1% kepentingan dalam Kagera, yang dalam pembelian, memberikan Sime Darby pemilikan penuh ke atas Kuxton.
Firma penyelidikan menyukai kumpulan itu kerana pertumbuhan kukuh dalam perniagaannya kesan didorong pembukaan semula ekonomi, jenama kukuh berada di bawahnya seperti Caterpillar dan BMW selain hasil dividen yang menarik sebanyak 5%.
"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran RM2.20 sesaham," katanya. - DagangNews.com