KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kenanga Research kekal neutral terhadap dua kontrak baharu yang diraih Velesto Energy Berhad kerana ia berada dalam unjuran awal firma penyelidikan itu.
Dua kontrak baharu itu merangkumi penyediaan pelantar penggerudian kumpulan Velesto NAGA 2 daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd. bernilai AS$6.1 juta dan penyediaan unit kerja hidraulik (HWU) untuk ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.
Syarikat itu sebelum ini mendedahkan bahawa NAGA 2 akan menjalani pembaikan dan penyelenggaraan pada bahagian awal suku ketiga tahun ini dan akan melaksanakan dua lagi kontrak firma sehingga awal suku pertama 2024.
Firma penyelidikan itu berkata, kontrak HWU baharu, pihaknya memahami bahawa kadar sewa harian (DCR) berada dalam kadar yang lebih tinggi daripada kadar Asia Tenggara iaitu antara AS$18,000 hingga AS$23,000.
Velesto sebelum ini menyatakan bahawa GAIT 6 berjaya memperoleh kontrak jangka panjang bermula suku ketiga tahun ini dan seterusnya.
"Kami memilih untuk mengelak Velesto kerana inflasi kos boleh menyebabkan tekanan margin keuntungan yang timbul daripada kos tenaga kerja dan bahan binaan yang lebih tinggi.
"Pemangkin sudah digunakan merangkumi penggunaan armada pelantar dan DCR selain peningkatan kadar faedah diterjemahkan kepada kesan pendapatan daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu mengekalkan penarafan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) 19 sen sesaham.- DagangNews.com