Kenanga Research positif terhadap prospek Uzma didorong peningkatan aktiviti perniagaan domestik | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif terhadap prospek Uzma didorong peningkatan aktiviti perniagaan domestik

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Dis - Kenanga Research positif terhadap prospek Uzma Berhad didorong oleh peningkatan aktiviti perniagaan domestik selain jangkaan kumpulan itu mencatatkan peningkatan hasil.

 

Firma itu berkata, antara faktor pendorong adalah aktiviti dagangan, walaupun mungkin berlaku sedikit penyusutan margin keuntungan namun ia dijamin memberi pulangan positif kepada kumpulan.

 

Katanya, kejayaan kontrak suntikan air D18 menjadikan kontrak bagi segmen minyak dan gas kumpulan berada pada paras RM2 bilion manakala kontrak bagi projek solar berada pada tahap RM1 bilion dengan kebanyakannya daripada LSS4 PPA.

 

"Kumpulan itu sedang membida projek solar baharu bernilai RM145 juta merangkumi program solar kerajaa seperti Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Perjanjian Pembelian Tenaga Maya (VPPA)

 

"Selaras dengan pemulihan aktiviti minyak dan gas domestik, kumpulan itu menjangkakan bahawa suku tahun akan datang akan terus berkembang dengan baik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan meningkat kepada RM8.83 juta 1QFY23 meningkat lebih 25 kali ganda daripada RM347,000 setahun sebelumnya dan tertinggi sejak ia melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM9.43 juta pada 1QFY20.

 

Selepas melakukan pelarasan urus niaga bukan tunai yang disebabkan oleh peningkatan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit pada suku semasa, mengakibatkan kerugian bersih belum direalisasi pada pertukaran asing sebanyak RM3.7 juta, keuntungan bersihnya berjumlah RM13.6 juta.

 

Menurut laporan kewangan terkini syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas keuntungan operasi daripada perkhidmatan O&G huluannya meningkat 61% kepada RM27.1 juta.

 

Firma itu mebgekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah 67 sen. 

 

"Kami menyukai kumpula itu kerana menjadi proksi yang baik kepada kenaikan harga minyak selain menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan perigi, peningkatan dan mengoptimumkan pengeluaran minyak serta operasi lewat hayat dan penyelenggaraan.

 

"Pada masa sama, kepelbagaiannya ke dalam ruang tenaga suria yang akan membantu membuktikan masa depan prospek jangka panjangnya," katanya. - DagangNews.com