KUALA LUMPUR 6 Dis - Kenanga Research mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi CY23 adalah lebih lemah berbanding CY22 menjadikan pertumbuhan pinjaman yang lebih rendah.
Firma itu berkata, kadar dasar semalam (OPR) yang lebih tinggi sebanyak 3.00% (sekiranya kita melihat kenaikan 25 mata asas lagi semasa mesyuarat MPC Januari 2023) juga boleh menjejaskan prospek banyak gadai janji.
Katanya, peralihan pinjaman perumahan bercagar kepada lebih banyak portfolio berasakan perniagaan untuk merangsang pertumbuhan mungkin sama dengan pendedahan yang lebih luas kepada risiko kredit dengan pinjaman terjejas kasar adalah rendah pada masa ini.
"Sementara itu, tempoh pemerhatian yang lebih lama mungkin diperlukan untuk menilai sepenuhnya kebimbangan bagi pembayaran balik pinjaman," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, sektor perbankan bagaimanapun secara keseluruhannya menunjukkan momentum yang mampan dalam pertumbuhan pinjaman sambil melihat margin faedah bersih (NIM) disokong oleh kenaikan OPR.
Katanya, berdasarkan laporan sehingga September 2022, tiga kenaikan 25 mata asas sudah berkuat kuasa.
"Bagaimanapun. pendapatan bukan faedah masih lemah walaupun ia sedang menunjukkan pemulihan secara berturutan," katanya.
Firma itu mengekalkan penarafan 'overweight' bagi sektor itu dan percaya bahawa prospek bank akan terus kekal mampan selain berdaya tahan kerana asas peralihan kekal menyokong pendapatan jangka sederhana.
Walaupun kebimbangan berlaku kemelesetan, namun firma itu tidak melihat banyak risiko jangka pendek yang mendesak memandangkan pengurusan kualiti aset yang berkualiti.- DagangNews.com