Keputusan kewangan FY23 selaras dengan jangkaan, AmInvestment kekal unjuran pendapatan Infomina | DagangNews Skip to main content

Keputusan kewangan FY23 selaras dengan jangkaan, AmInvestment kekal unjuran pendapatan Infomina

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - AmInvestment Bank Research (AmInvestment) tidak membuat sebarang perubahan unjuran terhadap pendapatan Infomina Berhad (Infomina) memandangkan keputusan FY23 sebahagian besarnya selaras dengan jangkaan.

 

Firma itu memperkenalkan keuntungan bersih FY26 dengan andaian pertumbuhan pendapatan konservatif sebanyak 3% walaupun pertumbuhan hasil kukuh sebanyak 18% didorong oleh projek bina pasang siap (turnkey) dengan margin keuntungan yang lebih rendah.

 

Katanya, untung bersih teras FY23 kumpulan sebanyak RM41 juta, 2% melebihi unjuran pendapatan teras FY23  dan 61% melebihi anggaran konsensus.

 

"Hasil FY23 kumpulan meningkat 25% kepada RM251 juta, terutamanya disebabkan oleh segmen pembaharuan yang menyumbang sehingga 74% daripada hasil keseluruhan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Infomina catat untung bersih RM8.3 juta, pendapatan RM57.5 juta pada 4QFY23

 

Firma itu berkata, pada akhir Mei 2023, buku pesanan substantif kumpulan sebanyak RM445 juta diterjemahkan kepada hasil 1.3x FY24 yang selesa, disokong oleh buku tender yang sihat sebanyak RM500 juta.

 

"Kami menjangkakan kadar penambahan buku pesanan akan kekal sihat kerana syarikat terus menerima pertanyaan daripada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan dari pelbagai wilayah untuk kedua-dua segmen turnkey dan pembaharuan.

 

"Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menyasarkan untuk terus mengembangkan jejaknya ke Asia Utara, terutamanya China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang merupakan sebahagian daripada wilayah rakan kongsi CA," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan nilai saksama (FV) RM1.82 sesaham. - DagangNews.com