Keyakinan pelabur di Bursa Malaysia meningkat selepas Zahid Hamidi tegaskan Ismail Sabri kekal calon PM | DagangNews Skip to main content

Keyakinan pelabur di Bursa Malaysia meningkat selepas Zahid Hamidi tegaskan Ismail Sabri kekal calon PM

KUALA LUMPUR 20 Okt - Keyakinan pelabur semakin meningkat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan bahwa Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' atau calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

 

Ahmad Zahid mengulangi penegasan tersebut ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Bagan  Dato' pada 16 Oktober 2022.

 

Jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat dan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,400 mata sejak empat hari lalu, dengan indeks utama meningkat 1.05%, meningkat dengan pembelian saham perbankan.

 

Pada jam 5 petang Rabu (19 Okt), penanda aras FBM KLCI telah melonjak 14.74 mata untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,415.10, daripada penutupan Selasa pada 1,400.36.

 

Indeks itu dibuka 2.32 mata lebih tinggi pada 1,402.68, dan kemudian mencecah paras terendah harian pada 1,400.28, sebelum meningkat naik sepanjang hari untuk ditutup lebih tinggi.

 

Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor:

 

Salah satu faktor utama ialah peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang membawa kestabilan kepada negara ini. 

 

Mereka turut yakin dengan pengalaman yang dimiliki oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia. 

 

Bursa Malaysia jatu di bawah 1,300 mata pada 22 September lalu disebabkan pelbagai faktor khususnya ketidaktentuan politik dan kebimbingan kemelesetan ekonomi global pada tahun depan. 

 

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, dagangan dalam pasaran tempatan adalah optimistik dengan berhati-hati, memandangkan peningkatan dalam sentimen pasaran serantau, tetapi pelabur harus kekal berwaspada berikutan ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.

 

"Kami percaya KLCI akan meneruskan aliran menaiknya kerana penilaian kekal murah, dan meningkatkan sasaran kami untuk minggu ini kepada julat 1,400-1,430. Rintangan serta-merta dikesan pada 1,430, manakala sokongan pada 1,400," katanya kepada Bernama. - DagangNews.com