Khidmat Premium OPPO serlah gaya eksklusif Find X3 Pro | DagangNews Skip to main content

Khidmat Premium OPPO serlah gaya eksklusif Find X3 Pro

.Find X3 Pro

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 19 April - Pelancaran pakej selepas jualan terbaharu iaitu Perkhidmatan Premium OPPO menjadi pelengkap kepada gaya eksklusif dan VIP peranti terbaharu Find X3 Pro.

 

OPPO berkata, pengenalan perkhidmatan serba baharu itu juga adalah sebagai langkah penting dalam pengembangannya menuju pasaran mewah.

 

Selain pakej berkenaan, peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan produk OPPO Care yang pasti memberi penjimatan kos penyediaan penyelesaian baharu kepada pemilik.

 

Ia merupakan komitmen OPPO untuk memenuhi keperluan teras pengguna seperti perlindungan kkrin dan jaminan lanjutan.

 

  • Pelan perlindungan skrin: Peranti pra-tempah akan layak menerima jaminan kerosakan skrin OPPO CARE dalam tahun pertama selepas pembelian secara percuma.
  • Jaminan lanjutan: OPPO menyediakan jaminan lanjutan selama satu tahun untuk pelanggan yang membuat pra-tempahan tanpa caj. 

 

Find X3 Pro
Find X3 Pro.

 

Tiada lagi kebimbangan mengenai masalah baik pulih dalam tempoh dua tahun pertama.

 

Mengulas lanjut, OPPO memberitahu, Find X3 Pro turut disediakan dengan dua perkhidmatan baik pulih tanpa bimbang.

 

1) Perkhidmatan Jaminan Antarabangsa (IWS)

  • OPPO telah menjadi peneraju bagi melancarkan IWS dan menaik tarafnya dengan kawasan liputan yang diperluaskan kepada 59 negara/wilayah pada musim bunga ini. 
  • Pemilik Find X3 Series dapat menikmati perkhidmatan jaminan, baik pulih dan penaiktarafan perisian di pusat perkhidmatan sah OPPO di negara/wilayah terpilih.


 

2) Jurutera Eksklusif

  • OPPO bertegas untuk memupuk jurutera teknikalnya sendiri melalui beberapa pusingan penyaringan dan bukannya menyumberluarkan perkhidmatan baik pulih kepada pihak ketiga.
  • Justeru itu, pengguna Find X3 Pro berpeluang untuk menikmati perkhidmatan penyelenggaraan oleh jurutera teknikal berkemahiran tinggi sekalipun mereka tidak memerlukan baik pulih. - DagangNews.com