Kian Meng, Pei Jing enggan beri mata mudah kepada lawan | DagangNews Skip to main content

Kian Meng, Pei Jing enggan beri mata mudah kepada lawan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 16 Dis - Pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berazam untuk tidak memberikan mata mudah kepada lawan mereka dalam usaha mencerahkan laluan ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol hari ini.

 

Dalam aksi pusingan kedua, pasangan profesional negara itu menang 21-8, 21-18 ke atas pasangan India, Sharma Saurabh-Parikh Anoushka dan akan bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

 

Pei Jing berkata, dalam aksi pusingan ketiga, dia perlu kurang melakukan kesilapan dam bijak mengatur permainan untuk mengatasi pasangan Jepun itu.

 

"Saya memang cuba untuk biasakan diri dengan keadaan cuaca di sini dan secara keseluruhan agak baik juga dan perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya.

 

"Macam perlawanan sebelum ini, kami selalu mendahului lawan namun kami kerap membiarkan mereka mengejar kami dan situasi ini tidak boleh lagi berlaku," katanya.

 

Sementara itu, perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia juga berjaya ke pusingan ketiga hari ini selepas menewaskan Ygor Coelho dari Brazil 21-14, 22-24 21-14 untuk bertemu pemain berpengalaman Denmark, Hans Kristian Solberg Vittinghus.

 

minton
Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei akan turun beraksi bagi memburu slot suku akhir Kejohanan Badminton Dunia, hari ini.

 

Turut mara ke pusingan ketiga kejohanan itu ialah satu lagi pasangan beregu campuran iaitu Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

 

mintons
Pasangan Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin juga mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia.

 

Selain itu, empat lagi pasangan beregu lelaki akan turun beraksi termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong; Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei. - DagangNews.com