Kos sara hidup tinggi: Jika masalah kecil tidak diselesaikan, bagaimana pula masalah besar? | DagangNews Skip to main content

Kos sara hidup tinggi: Jika masalah kecil tidak diselesaikan, bagaimana pula masalah besar?

oleh MOHD SANI JAMIL

1.   Projek perumahan - pemaju mengambil keuntungan melebihi 2 kali ganda.

 

2.   Barangan basah dapur - contoh ikan:  Nelayan yang dapat hasil dari laut hanya untung bersih sekilo RM3.00  Terdapat sebahagian besar peniaga membeli ikan selar daripada peraih dengan harga RM12.00 dan menjualnya dengan harga RM18.00.  betul-betul cerut leher dapat untung atas angin RM6.00/kg. Dia tukang jual sahaja untung atas angin dua kali ganda daripada nelayan.

 

3.  Barang² dalam senarai harga kawalan. Ada tangan-tangan ghaib yang kemudi menyebabkan barang kurang dipasarkan. Mereka ini seperti perumpamaan ingin 'berperang' dengan pengguna. 

 

4.   Isu sensitif - barangan yang dijual kepada peniaga Melayu lebih mahal dibandingkan dengan peniaga Cina. Double standard

 

5.   Perlu ada pasukan khas memantau perjalanan operasi pihak berkuasa tempatan. Banyak ketirisan hingga menjadi penyebab berlakunya amalan rasuah

 

6.   Mengapa perlu ada aduan/report tentang kesalahan terhadap jabatan Kerajaan? Dalam sistem pentadbiran Kerajaan telah wujud banyak audit. Apa keberkesanan/keberhasilan daripada semakan/pemeriksaan audit? Adakah dapat menambahkan hasil Kerajaan? Umum mengetahui kebanyakan kesimpulan semakan audit Kerajaan menerima kerugian.  Terdapat sebahagian besar yang melibatkan orang politik tidak dikenakan tindakan terhadap mereka.  Sampai bila dasar pentadbiran Kerajaan dikongkong oleh orang politik?  Jadinya rakyat malas/ kecewa/ takut hendak buat aduan. Apa hubung kait isu ini dengan kos sara hidup? Simple: Tanggungan kerugian diletakkan pada rakyat (cukai naik, harga barang naik tak pernah turun)

 

7.  Kos peralatan/barangan sekolah anak ada sebahagiannya lebih mahal daripada barang/alatan yang digunakan oleh orang awam. Contoh: baju sekolah warna putih yang sama material/ warna/ saiz dengan baju orang awam dijual lebih mahal. 

 

Ini adalah sebahagian isu yang sempat saya kongsikan. Saya kongsi juga kata² "jika masalah kecil kita tidak selesaikan bagai mana masalah besar?"

 

Ingatlah Iblis akan membisikkan apa yang kita fikir baik sedangkan kita telah mengetahui Iblis berhajat untuk menyesatkan kita dan membawa ke neraka.                                                 نعوذ بالله من ذلك

 

 

"TEGUHKAN AKIDAH, INTEGRITI AKAN BERDIRI DENGAN SENDIRI"

 

 

MOHD SANI BIN JAMIL