KPJ ACC jadi misi bantuan bantu mangsa banjir di Puchong | DagangNews Skip to main content

KPJ ACC jadi misi bantuan bantu mangsa banjir di Puchong

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Pusat Jagaan Ambulatori KPJ (KPJ ACC) KPJ Healthcare Bhd menjadi misi bantuan untuk membantu mangsa banjir yang tinggal di Puchong di Dewan Serbaguna Puchong Indah.

 

Menurut KPJ Healthcare, pasukan sukarelawan dari ibu pejabatnya dan KPJ ACC Kinrara tampil menawarkan bantuan kepada 63 keluarga dan lebih 500 orang yang meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di Dewan Serbaguna Puchong Indah, seawal jam 2 pagi.

 

“Pasukan tersebut telah menyediakan bantuan perubatan kepada mereka yang memerlukan di pusat perlindungan serta mengedarkan kit bantuan khas yang diisi dengan keperluan perubatan asas seperti kit ujian saliva, makanan kering, ubat generik, makanan tambahan Vitamin C, pelitup muka dan peralatan mandian asas.


 

kpj

 

kpj

 


Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare Ariesza Noor berkata, pada masa ini, syarikat menyediakan sajian ringan dan tempat perlindungan sementara di lobi KPJ Selangor Specialist Hospital dan KPJ Klang Specialist Hospital, secara percuma.

 

“Pegawai perubatan kami boleh didapati di jabatan kemalangan & kecemasan jika mereka memerlukan rawatan perubatan,” katanya. - DagangNews.com