LYC Healthcare tubuhkan anak syarikat baharu, LYC Prostate Centre | DagangNews Skip to main content

LYC Healthcare tubuhkan anak syarikat baharu, LYC Prostate Centre

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Sept - LYC Healthcare Berhad hari ini menubuhkan anak syarikat milik penuh baharunya yang dikenali sebagai LYC Prostate Centre Sdn. Bhd. bagi memberi fokus kepada rawatan berkaitan kanser prostat.

 

Modal saham LYC Prostate pada tarikh pengumuman adalah RM1,000 terdiri daripada 1,000 saham biasa dan dipegang sepenuhnya oleh LYC Dental & Aesthetic Holdings Sdn. Bhd.  

 

"Aktiviti utama LYC Prostate adalah khusus kepada rawatan kanser prostat, penjagaan peribadi dan perkhidmatan perubatan yang berkaitan untuk meningkatkan kesejahteraan pesakit.

 

"Pengarah semasa LYC Prostate ialah Sui Diong Hoe dan Prof. Dr. Lim Huat Chye," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Penubuhan LYC Prostate adalah untuk memudahkan penubuhan pusat rawatan prostat di seluruh Asia.

 

Selain itu, ia juga tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kumpulan itu.

 

Ia juga dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih, penggearan dan pendapatan LYC bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024. - DagangNews.com