Malaysia di kedudukan ke-12, Singapura dahului indeks pasport paling berkuasa | DagangNews Skip to main content

Malaysia di kedudukan ke-12, Singapura dahului indeks pasport paling berkuasa

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pasport Malaysia berada di nombor 12 dalam indeks pasport paling berkuasa di dunia terkini, Henley Passport Index 2024.


Indeks tersebut yang menilai 199 pasport dan 227 destinasi pelancongan, Malaysia berkongsi kedudukannya dengan Cyprus dan Liechtenstein.

 

Pada awal tahun 2023, Malaysia disenaraikan sebagai pasport ke-14 paling berkuasa di dunia dengan mata 179.

 

Pemegang pasport Malaysia boleh melawat ke 182 daripada 227 destinasi seluruh dunia tanpa visa.

 

 

Pasport

 

 

Menurut laporan sebelum ini, kedudukan tertinggi bagi pasport Malaysia adalah tempat kelapan pada 2014.

 

Sementara itu, Singapura mengekalkan kedudukan teratas dalam indeks tersebut, membolehkan rakyatnya melancong tanpa visa ke 195 destinasi, sekali gus dinamakan sebagai pasport paling berkuasa di dunia.

 

Laporan itu berkata indeks itu berdasarkan data komprehensif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan mencerminkan landskap perjalanan global tanpa visa sekarang.

 

Thailand dan Indonesia masing-masing berada di kedudukan ke-60 dan ke-65, manakala Brunei di kedudukan ke-19.

 

Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar masing-masing berada di kedudukan ke-73, ke-86, ke-88, ke-90 dan ke-92 dalam senarai indeks itu.- DagangNews.com