Maverick Foo dari Authority Institute dinobatkan sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia | DagangNews Skip to main content

Maverick Foo dari Authority Institute dinobatkan sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

Maverick Foo

KUALA LUMPUR 30 Jun — Pengasas bersama dan Ketua Pakar Strategi Pemasaran Authority Institute, Maverick Foo, baru-baru ini meraih anugerah Speaker Terbaik 2022 Vistage Malaysia sekali gus memperkasakannya untuk menyertai kelompok speaker hebat yang memberi impak kepada perniagaan di Malaysia.

 

Pada Sidang Kemuncak CEO Vistage 2023 yang diadakan di Petaling Jaya, Foo menerima pengiktirafan sebagai pemimpin pemikiran, sama seperti penerima anugerah sebelum ini yang berkongsi pandangan penting mengenai topik yang mereka minati, dan memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan.

 

“Saya bangga menerima anugerah ini bagi pihak Authority Institute. Ia memberikan rangsangan dan keyakinan baru kepada institusi kami bahawa kami berada di laluan yang tepat,” kata Foo.

 

Beliau menjelaskan bahawa firmanya memberi tumpuan terhadap khidmat perundingan pertumbuhan pemasaran dan perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

Menerusi usaha untuk meraih pencapaian berkenaan, Foo memberi tumpuan membantu ahli Vistage Malaysia memahami kepentingan untuk membangunkan strategi yang komprehensif bagi mendapatkan perhatian dan minat pelanggan sasaran dalam perniagaan mereka.

 

“Ini yang kami namakan Pelan Permainan Tarikan Pelanggan dan inilah tiket kemenangan untuk dianugerahkan sebagai Speaker Terbaik, selain diberi penilaian berdasarkan prestasi, penglibatan komuniti dan pencapaian sepanjang hayat,” tambahnya.



 

tnb
Dari kiri, Maverick Foo - Speaker Terbaik 2022; Sherene Cheng - Pengarah Eksekutif Vistage Malaysia Sdn Bhd dan Kareen Woo - Penerima Anugerah Speaker Baharu Terbaik 2022

 


Penerima Speaker Terbaik diundang untuk berucap pada mesyuarat Vistage sekurang-kurangnya selama dua tahun berturut-turut dan dijadualkan untuk mengadakan paling minimum sebanyak 30 pembentangan kepada kumpulan Vintage.

 

Penonton pula memberikan markah kepada speaker selepas setiap pembentangan. Lazimnya, speaker harus menyasarkan markah purata sekurang-kurangnya 8.5 daripada 10 dari segi kandungan dan penyampaian sebagai penilaian untuk meraih gelaran berkenaan.

 

Foo melakukan pembentangan pada 37 sesi kepada 32 kumpulan dan memperoleh markah purata sebanyak 8.8 unuk kandungan dan 8.9 untuk penyampaian. Beliau juga tertakluk kepada saringan oleh sekumpulan ahli panel Vistage yang membuat penilaian ke atas nilai-nilai teras Vistage iaitu amanah, prihatin, cabaran dan pertumbuhan.

 

“Vistage Malaysia menggunakan Anugerah Speaker Terbaik untuk mengiktiraf individu yang membawakan nilai penting kepada ahli kami.

 

“Penerima anugerah menyampaikan kandungan yang berkualiti tinggi, bersesuaian dan boleh dilaksanakan, dan mereka mewakili suatu model untuk semua speaker Vistage,” menurut kenyataan organisasi berkenaan.

 

Authority Institute mengetengahkan perkhidmatan perunding dan jurulatih yang ditunjangi dengan 40 tahun pengalaman industri, sehubungan itu ia memberi jaminan hasil terbaik dan pemindahan pengetahuan yang paling relevan kepada pelanggannya.

 

“Keunikan kami adalah penekanan terhadap keupayaan kami untuk menggandingkan latihan dan perundingan dengan rangka kerja dan perisian penyelesaian khusus. Di peringkat global, boleh dikatakan tiada syarikat latihan dan perundingan yang akan memberikan latihan dan pada masa sama, menyediakan rangka kerja praktikal yang boleh diterapkan dalam perniagaan organisasi.

 

“Ini diikuti dengan program selepas latihan yang menyediakan kaedah praktikal untuk memanfaatkan segala yang telah dipelajari dalam aktiviti perniagaan seharian anda,” katanya sambil menambah bahawa pendekatan Authority Institute terhadap pemasaran strategik adalah dengan memberi tumpuan kepada orientasi pasaran, keperluan pelanggan dan perhubungan nilai.

 

Ini termasuk mengenal pasti peluang dan cara baharu untuk memperhalusi tawaran sedia ada dan mengenal pasti kaedah untuk memberi perkhimdatan yang lebih baik kepada pelanggan. Pada masa sama, ia mensasarkan segmen pelanggan baharu, menilai asas pasaran semasa serta mengenal pasti peluang dalaman dan luaran.

 

 

tnb

 

 

“Kami juga mengenal pasti kelemahan persaingan untuk membantu anda meraih kelebihan dalam pasaran. Authority Institute juga menentukan cara untuk menambah baik operasi dan menilai peluang baharu untuk meningkatkan jualan serta keuntungan.

 

Authority Institute sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan firma dan berusaha ke arah mencapai kejayaan secara menyeluruh,” kata Foo. – DagangNews.com