Maybank IB kembali membuat liputan terhadap AirAsia X dengan saranan 'beli', TP RM3.58 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB kembali membuat liputan terhadap AirAsia X dengan saranan 'beli', TP RM3.58

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Julai - Maybank Investment Bank (Maybank IB) memulakan liputan semula terhadap AirAsia X Berhad (AAX) dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM3.58 sesaham.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu mencatatkan kadar tambang yang jauh lebih tinggi dan kadar pajakan pesawat jauh lebih rendah selepas pandemik COVID-19.

 

"Lebih menarik, AAX kini bebas daripada sebarang hutang.

 

"Kami mengunjurkan kumpulan itu merekodkan untung bersih sebanyak RM160.1 juta untuk FY23 dan RM256.5 juta untuk FY24," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Jumlah penumpang AirAsia X melonjak 70 kali ganda pada suku kedua 2023

 

Firma itu berkata, AAX berjaya menja keuntungan untuk tiga suku tahun berturut-turut dan ekuiti pemegang sahamnya kini positif dan modal berbayarnya kini tidak kurang daripada RM40 juta.

 

"Oleh itu, Nota Amalan 17 (PN17) AAX seharusnya ditarik balik.

 

"Secara kesimpulannya, kami menjangkakan kumpulan itu akan mencatatkan keuntungan yang lebih baik selepas pandemik COVID-19," katanya.

 

Terdahulu, kapasiti tempat duduk kumpulan itu melonjak lebih 26 kali ganda kepada 818,422 buah pada suku dalam tinjauan, berbanding 30,537 buah tahun lalu, didorong oleh pesawat tambahan untuk beroperasi dan rangkaian penerbangannya dipertingkatkan.

 

Syarikat telah menunjukkan peningkatan operasi yang ketara merentasi semua metrik utama lain dengan mencapai faktor muatan penumpang sebanyak 76%, meningkat 47 mata peratusan berbanding 29% dalam suku sama berakhir 30 Jun 2022.

 

Sepanjang 12 bulan lalu, operasi syarikat kembali normal, merekodkan pertumbuhan memberangsangkan 25 kali ganda lebih tinggi. - DagangNews.com