MBSB Bank lancar M Journey Corporate, kemudahan perbankan digital kepada pelanggan korporat | DagangNews Skip to main content

MBSB Bank lancar M Journey Corporate, kemudahan perbankan digital kepada pelanggan korporat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Sept - MBSB Bank Berhad hari ini memperkenalkan M Journey Corporate sebuah platform yang menyediakan kemudahan perbankan digital kepada pelanggan korporat selain perkhidmatan kepada perniagaan menerusi Rumusan Pengurusan Tunai baharu.

 

M Journey Corporate memudahkan perkhidmatan perbankan korporat berkecekapan tinggi dengan perniagaan boleh melakukan pelbagai transaksi, melaksanakan pembayaran tunggal dan pukal, menyepadukan terus antara sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) korporat dan platform perbankan, pemantauan pembayaran, kutipan dan penyelarasan penyata bank.

 

Beberapa ciri tambahan M Journey Korporat adalah Secure File Transfer Protocol (SFTP) dan penempatan deposit berjangka yang disertakan dengan kadar yang kompetitif.

 

Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, pihaknya sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan korporat mereka.

 

MBSB
Jesleigh Johari

 

"Melalui penyelidikan pasaran dan analisis data, kami dapat membangun dan melancarkan M Journey Corporate yang menumpukan pada penyediaan kecekapan dan meminimumkan proses operasi manual.

 

"Kami yakin bahawa M Journey Coporate menyediakan fleksibiliti dan skala yang boleh digabungkan ke dalam infrastruktur pembayaran dan disesuaikan untuk perubahan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Semasa majlis pelancaran M Journey Corporate, MBSB Bank turut mengumumkan penyertaan syarikat yang mendaftar ke platform digital yang baharu diaktifkan. - DagangNews.com