MIDF kekal saranan 'beli' untuk Datasonic dengan TP 57 sen sesaham | DagangNews Skip to main content

MIDF kekal saranan 'beli' untuk Datasonic dengan TP 57 sen sesaham

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Dis - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' untuk Datasonic Group Berhad dengan harga sasaran (TP) 57 sen sesaham.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana menyediakan penyelesaian keselamatan terkemuka untuk Malaysia terutama produk dan perkhidmatan kad pengenalan nasional.

 

Katanya, kerajaan yang baru dibentuk menimbulkan risiko pengawal seliaan kepada kumpulan dari segi mendapatkan kontrak pembekalan kad pengenalan generasi baharu yang dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi,

 

"Teknologi canggih kumpulan itu dilihat lebih menarik berbanding pesaingnya untuk dipilih secara berterusan sebagai vendor penyelesaian berkaitan keselamatan kad pengenalan nasional," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu melengkapkan Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Kementerian Perancangan Bandar, Perumahan dan Pembangunan Wilayah Republik Guinea pada 9 Disember 2022 untuk bekerjasama dalam hal-hal berkaitan keselamatan percetakan dokumen, mendigitalkan dan menambah baik penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan tanah Republik Guinea (eLandROG).

 

Projek itu melibatkan pelaksanaan data warganegara berkomputer baharu dalam urusan tanah, penggabungan pengesahan biometrik data tanah dan mengilang, membekal setta menyesuaikan dokumen keselamatan tinggi untuk hakmilik tanah.

 

Pada masa sama mereka akan melaksanakan prosedur keselamatan baharu dengan penekanan kepada ketelusan dan kecekapan dalam pemprosesan permohonan dan kebenaran hak milik tanah selain pembangunan serta penyediaan bahan teknikal yang berkaitan.

 

Firma itu berkata, kerjasama itu bukan yang pertama dijalankan kumpulan itu kerana mereka pernah membekalkan sisten percetakan kepada Bahrian sebelum ini.

 

Katanya, kumpulan itu juga turut terlibat dalam membekalkan Autogate kepada Indoesia.

 

"Kami percaya perjanjian itu akan memberi peluang kepada kumpulan itu untuk mengembangkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan secara global dan impak kepada kewangan kumpulan itu selepas ia dimuktamadkan pada 1HCY22," katanya. - DagangNews.com