KUALA LUMPUR 21 Ogos - MIDF Research menjangkakan pendapatan bukan faedah (NOII) kekal sebagai pemacu pendapatan teras.
Firma penyelidikan itu berkata, pemulihan margin faedah bersih (NIM) lebih baik daripada jangkaan, prospek pertumbuhan pinjaman yang kurang optimistik dan keputusan bank untuk mengekalkan peruntukan tindanan.
Katanya, pemulihan NOII dan hasil dividen yang tinggi kekal sebagai pemacu pendapatan.
"Pendedahan NOII tempatan adalah kukuh, keadaan pasaran yang bertambah baik dan hasil MGS yang berkurangan mungkin memanfaatkan pendapatan perbendaharaan.
"Terdapat peningkatan ketara dalam terbitan bon dan aktiviti pasaran modal, diharapkan dapat meningkatkan prospek pendapatan yuran suku ini.
"Bank yang mempunyai lebih banyak pendedahan serantau mungkin mengalami sedikit kesukaran dalam hal ini, kerana keadaan pasaran kurang positif," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma pnyelidikan itu berkata, pertumbuhan pinjaman domestik berkembang perlahan dengan pertumbuhan dalam pinjaman tidak bercagar mengimbangi kelemahan itu.
Walaupun firma itu menjangkakan bank yang lebih kecil akan terus mencatatkan angka pertumbuhan yang tinggi, mungkin terdapat kemungkinan yang lebih kecil bahawa bank yang lebih besar mungkin menyemak semula angka pertumbuhan pinjamannya.
"Kelemahan dalam pertumbuhan pinjaman modal kerja sekurang-kurangnya diimbangi oleh segmen pinjaman tidak bercagar.
"Pinjaman pembinaan yang berisiko telah menyaksikan pemulihan yang baik dalam suku terakhir, berikutan pemulihan dalam permintaan pembinaan dan mengurangkan kebimbangan terhadap kualiti aset," katanya.
Firma penyelidikan itu kekal positif terhadap sektor itu. - DagangNews.com