MITI diberi penjenamaan semula sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri | DagangNews Skip to main content

MITI diberi penjenamaan semula sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 12 April - Seiring dengan keputusan Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023 nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau dalam Bahasa Inggeris, Ministry of Investment, Trade and Industry, mengekalkan akronim yang sama iaitu MITI.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata, penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.

 

miti

 

"Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani.

 

parafrasa

 

"Dengan penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutama PKS," kata kementerian itu. - DagangNews.com