PDRM uji penggunaan balai polis bergerak CCTV sebagai inisiatif cegah jenayah | DagangNews Skip to main content

PDRM uji penggunaan balai polis bergerak CCTV sebagai inisiatif cegah jenayah

Balai polis bergerak CCTV yang sedang diuji sebagai inisiatif mencegah jenayah.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 1 Nov - Konsep balai polis bergerak dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sedang diuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai satu daripada inisiatif dalam mengekang jenayah dan mewujudkan rasa selamat.

 

Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman sedang menjalankan ujian untuk mengkaji keberkesanan fungsi dan persepsi masyarakat terhadap balai polis pintar tersebut.

 

Ia melibatkan beberapa lokasi berhampiran Digital Mall dan Stesen Pam Minyak Shell Damansara Damai iaitu dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

 

Kenderaan ini turut ditugaskan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu kota sehingga 15 November depan.

 

Balai

 

Balai

 

Penggunaan balai polis bergerak ini juga bagi menimbulkan rasa takut kepada mereka yang ingin melakukan jenayah kerana memiliki kamera dengan rakaman secara 360 darjah.

 

Sehubungan itu, masyarakat dialu-alukan untuk memberi maklum balas melalui borang soal selidik yang boleh diperolehi secara mengimbas kod QR yang ditempatkan di balai polis berkenaan.

 

Aset logistik terbaharu PDRM ini adalah ilham Ketua Polis Johor, Dato' Kamarul Zaman Mamat yang mahukan sebuah balai polis mobil dengan aplikasi moden.

 

Ia telah digunakan sebelum ini dengan menempatkannya di beberapa kawasan tumpuan orang ramai serta laluan masuk pintu sempadan negara dengan Singapura.

 

Balai

 

 

Balai

 

Kenderaan ini dikendalikan bersama seorang pegawai dan enam anggota.

 

Balai polis bergerak CCTV yang dilengkapi dengan teknologi moden itu merupakan inisiatif kerjasama antara IPK Johor dengan pihak Celcom Axiata Berhad dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Johor. 

 

Balai bergerak tersebut dilengkapi sistem pintar yang boleh mengesan imej dan nombor pendaftaran kenderaan serta carian pintar menggunakan teknologi kamera dengan kecerdasan buatan.- DagangNews.com