Pelancaran liputan 5G, Kenanga Research unjur Maxis terus catat momentum pendapatan positif bagi FY23 | DagangNews Skip to main content

Pelancaran liputan 5G, Kenanga Research unjur Maxis terus catat momentum pendapatan positif bagi FY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kenanga Research mengunjurkan Maxis Berhad terus mencatatkan momentum pendapatan positif bagi FY23 didorong liputan 4G yang diperluaskan, pelancaran liputan 5G, kesan pembukaan semula ekonomi serta kesetiaan pelanggan pemiumnya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, tawaran pakej yang menarik menyaksikan penggunaan internet di rumah semakin mendapat permintaan.

 

"Penyusutan kadar inflasi ditambah dengan peningkatan aktiviti perniagaan, hasil daripada perniagaan kepada perniagaan akan terus berdaya tahan apabila segmen korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus mendigitalkan perniagaan mereka.

 

"Margin keuntungan kumpulan itu dijangka bertambah baik disebabkan penawaran produk yang menarik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Untung bersih Maxis melonjak kepada RM330 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023

 

Bagi tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2023, keuntungan Maxis mencecah RM650 juta dengan hasil sebanyak RM5 bilion berbanding untung bersih RM611 juta dan hasil RM4.83 bilion dalam tempoh yang sama pada 2022.

 

Firma penyelidikan itu berkata,syarikat itu dijangka melancarkan perkhdimatan 5G pada bulan ini selepas menerima kelulusan daripada pemegang sahamnya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 Ogos ini.

 

Katanya, syarikat itu juga memberi bayangan bahawa yuran akses yang akan dikenakan adalah lebih rendah.

 

"Yuran akses sebanyak RM288 juta tidak akan dikenakan sebaik sahaja rangkaian 5G kedua dilancarkan pada 2024.

 

"Maxis mengulangi bahawa terdapat ruang untuk berunding dengan itu bayaran mungkin lebih rendah dan mengesahkan bahawa seluruh industri komited terhadap pelancaran rangkaian kedua pada 2024," katanya.

 

Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM5.30 sesaham.- DagangNews.com