Pemegang saham Leon Fuat luluskan pembelian kilang RM28 juta | DagangNews Skip to main content

Pemegang saham Leon Fuat luluskan pembelian kilang RM28 juta


SHAH ALAM 18 Jun – Leon Fuat Berhad, pengeluar dan pedagang produk keluli, mengkhusus di dalam produk panjang bergulung dan rata, menerima kelulusan pemegang sahamnya di dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-14 hari ini, untuk mengambil alih kilang berharga RM 28 juta.

 

Dalam mesyuarat yang diadakan secara maya, para pemegang saham meluluskan resolusi untuk Supreme Steelmakers Sdn Bhd, subsidiari milik penuh Kumpulan, untuk mengambil alih kilang, gudang dan pejabat di atas sebidang tanah bebas pegangan di Kajang, Selangor berharga RM28.0 juta dari Leon Fuat Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat persendirian yang mana beberapa pengarah dan pemegang saham utamanya memiliki kepentingan di dalamnya.

 

Resolusi-resolusi lain yang diluluskan termasuklah pemilihan semula Ng Kok Teong dan Ooi Shang How, kedua-duanya dijadual bakal bersara, sebagai pengarah eksekutif di dalam lembaga pengarah Kumpulan.

 

Para pemegang saham mengundi juga untuk mengekalkan Chan Kee Loin sebagai pengarah bebas manakala Dato Ng Ah Hock @ Ng Soon Por, Tan Did Heng dan Tan Sack Sen pula dikekalkan sebagai pengarah bebas di dalam lembag pengarah.

 

Antara resolusi lain yang diundi, para pemegang saham memilih untuk melantik semula Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai auditor Kumpulan dan memberi kuasa kepada pengarah untuk menetapkan ganjaran bagi auditor.

 

Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi berkata, pihaknya gembira AGM ke-14 dan EGM berlangsung dengan lancar menerusi platform maya.

 

"Para pemegang saham gembira dengan prestasi kami pada 2020 walaupun berdepan cabaran-cabaran terhadap persekitaran operasi. Kami percaya bahawa Kumpulan akan dapat mengekalkan perniagaan berdasarkan prestasi memuaskan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021.”

 

Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi
Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi

 

“Bagaimanapun, kami terus berwaspada kerana kadar jangkitan COVID-19 masih tinggi dan tidak boleh mengenepikan kemungkinan aktiviti industri akan memperlahan yang boleh menyebabkan penyusutan daripada segi permintaan ke atas produk-produk keluli.

 

"Kami akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani sebarang impak negatif sambil memantau harga keluli dan tukaran mata wang asing yang berkaitan,” kata beliau. - DagangNews.com