Perak FC perkenalkan jersi baharu semurah RM39, pas semusim serendah RM189 | DagangNews Skip to main content

Perak FC perkenalkan jersi baharu semurah RM39, pas semusim serendah RM189

Perak FC memperkenalkan jersi baharu tuan rumah bagi musim Liga Malaysia.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 19 Feb : Kelab bola sepak negeri Perak, Perak FC melancarkan jersi tuan rumah bagi musim 2024-2025 sebagai persediaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini

 

Jersi berwarna kuning hitam ini masih mengekalkan jenama Cheetah yang akan dipakai oleh semua pemain Perak.

 

Jersi Perak dijual pada harga RM159 sehelai manakala hanya RM39 bagi jersi peminat yang mana ia berbaloi buat para penyokong The Bos Gaurus.

 

Lebih istimewa jersi ini turut dilengkapi dengan imbasan kod QR bagi membolehkan pembeli mendaftarkan nama sebagai pemilik rasmi.

 

Liga
Penyokong The Bos Gaurus tidak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan para pemain.

 

Liga

 

Bagi musim Liga Malaysia 2024/2025, Perak FC akan mengeluarkan 3 jenis pas semusim iaitu Silver, Gold dan Black.

 

Harga promosi ketika ini ialah RM189 bagi pas semusim Silver, Gold (RM300) dan Black (RM1,250).

 

Pemegang Pas Semusim Perak FC 2024/2025 dapat menyaksikan kesemua perlawanan tuan rumah membabitkan pasukan-pasukan Perak FC.

 

Ia termasuk perlawanan-perlawanan Liga Super, Piala MFL, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala Belia dan juga perlawanan persahabatan selama satu musim.

 

Liga

 

Harga ‘early bird’ ini hanya akan berlangsung selama 2 bulan.

 

Terdahulu, jersi baharu The Bos Gaurus itu diperkenalkan pada Karnival Pelancaran Jersi Home Perak musim 2024/25 di Dataran MBI di sini.

 

Majlis pelancaran yang dihadiri ribuan peminat setia ini turut diserikan dengan kehadiran dua legenda bola sepak Perak iaitu Dato M.Karathu dan Chan Kok Heng.

 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin.

 

Selepas Ipoh, Perak FC akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri Perak untuk bertemu peminat selain mengukuhkan jenama. - DagangNews.com