Perkhidmatan percuma bas MARA Liner ke AKM Kedah mudahkan pengunjung | DagangNews Skip to main content

Perkhidmatan percuma bas MARA Liner ke AKM Kedah mudahkan pengunjung

BAS percuma disediakan MARA Liner memudahkan pengunjung untuk datang ke AKM Kedah yang berlangsung di pekarangan Stadium Darul Aman, Kedah.
Oleh Mohamad Iman

ALOR SETAR 4 Sept. - Perkhidmatan bas shuttle yang disediakan secara percuma oleh MARA Liner buat para pengunjung yang ingin ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah memudahkan orang ramai yang tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan karnival yang berlangsung tiga hari itu.

 

Malah, sambutan yang orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut juga sangat mengalakkan.

 

Bas berkenaan juga akan bergerak di sekitar kawasan bandar Alor Setar secara ulang- alik dengan kekerapan 15 minit untuk mengambil penumpang di Pekan Rabu dan Terminal bas Shahab Perdana menuju ke Stadium Darul Aman.


 

KPLB

 


Seorang pengunjung, Nur Izaty Mohd Iman, 35, berkata, dia memilih menggunakan perkhidmatan bas itu memandangkan ia lebih mudah dan dapat menjimatkan masa untuk ke jelajah AKM berkenaan.

 

“Saya dan rakan-rakan memang sudah rancang untuk naik bas ini memandangkan lebih senang dan kami juga tidak perlu bersesak dengan pengunjung lain,” katanya.

 

Selain itu, Nur Izaty berkata, dengan menggunakan perkhidmatan itu juga, dia dapat merancang perjalanan dengan sebaiknya tanpa perlu berebut tempat pakir kenderaan.

 

“Sejak hari pertama AKM berlangsung orang ramai berpusu-pusu datang ke sini dan sudah semestinya masalah utama yang akan dihadapi adalah untuk mencari tempat pakir kenderaan.


 

KPLB

 


“Dengan adanya bas percuma ini, pengunjung dapat menggelakan kesesakan dan ia juga sangat selesa” katanya.

 

Dalam pada itu, jurucakap Mara Corporation, Mohd Safwan Abdul Ghani berkata, sebanyak 17 bas akan bergir-gilir mengambil penumpang bersempena AKM Kedah ini bermula seawal pukul 9 pagi hingga 9 malam.

 

Katanya, penyediaan perkhidmatan bas percuma oleh MARA Liner yang merupakan anak syarikat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu juga diharap dapat memberi kemudahan buat rakyat untuk sama-sama memeriahkan jelajah AKM.


 

KPLB

 


“Seramai 100,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan AKM Kedah sepanjang tiga hari ini dan kita harapkan ia dapat memanfaatkan semua pihak selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

 

Tambahnya, MARA Liner juga bakal memperkenalkan program loyalty dengan menggunakan sistem pendaftaran mesra pengguna iaitu Chatbot Artificial Intelligence (AI) yang menjanjikan faedah istimewa khususnya untuk golongan B40 dan pelajar. - DagangNews.com