Pestech mahu cari penyelesaian `secara baik' dengan Malaysia Airports | DagangNews Skip to main content

Pestech mahu cari penyelesaian `secara baik' dengan Malaysia Airports

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pestech International Bhd `lebih suka' mencari penyelesaian secara baik dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung isu penamatan kontrak membina projek aerotrain di KLIA.

 

"Pestech dengan tegas mempertikaikan penamatan itu seperti yang dinyatakan dalam notis penamatan dan akan melaksanakan hak undang-undangnya jika perlu, tetapi lebih suka mencari penyelesaian secara baik dengan MASBB," tambah kumpulan itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Menurut Pestech, penamatan kontraknya untuk menjalankan projek aerotrain di KLIA adalah “salah anggap dan tidak sah”.

 

Kumpulan itu berkata ia telah memaklumkan kepada unit MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), melalui surat rasmi pada 18 Ogos 2023.


 

pestech

 


Dalam makluman berasingan, Pestech berkata penamatan kontrak RM742.95 juta itu dijangka "menimbulkan kesan tidak baik" kepada hasil dan keuntungannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. Kumpulan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Airports tamatkan kontrak Pestech Technology atas faktor lewat siapkan APM di KLIA

 

MASSB telah memberikan kontrak untuk reka bentuk, pembekalan, pemasangan, ujian dan pentauliahan aerotrain, atau penggerak orang automatik, kepada anak syarikat milik penuh Pestech, Pestech Technology Sdn Bhd (PTSB), pada Disember 2021.

 

Ia merupakan kemenangan kontrak terbesar Pestech sejak penyenaraian kumpulan itu di Bursa Malaysia pada 2012.

 

Bagaimanapun, kontrak itu ditamatkan oleh MASSB pada hari Rabu, memetik prestasi PTSB yang tidak berprestasi, menjejaskan pencapaian penting projek dan berisiko kelewatan untuk menyampaikan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Bagi suku ketiga berakhir 30 Mac 2023, Pestech mencatatkan kerugian bersih RM60.58 juta, berbanding keuntungan bersih RM6.52 juta setahun sebelumnya, apabila hasil turun kepada RM97.26 juta daripada RM192.63 juta.

 

Harga saham Pestech ditutup turun satu sen atau 3.92% kepada 24.5 sen pada Jumaat, memberikan kumpulan itu nilai pasaran RM243.09 juta.  - DagangNews.com