PETRONAS diiktiraf Pencapaian Khas ESRI Malaysia | DagangNews Skip to main content

PETRONAS diiktiraf Pencapaian Khas ESRI Malaysia

 

 

KUALA LUMPUR, 23 Okt. – Penasihat Geospatial, ESRI Malaysia hari ini mengumumkan kemenangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) meraih pengiktirafan Pencapaian Khas ESRI dalam Anugerah Sistem Maklumat Geografi (SAG) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ESRI Malaysia, CS Tan berkata, anugerah ini mengiktiraf kejayaan PETRONAS dalam memanfaatkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi melancarkan Projek Pengurusan Aset Paipnya.

Menerusi bantuan teknologi GIS, PETRONAS berjaya mengumpul dan menyepadukan lebih 20 lapisan data spatial dan bukan spatial dalam satu platform data tunggal sekali gus meningkatkan tahap produktiviti, kerjasama dan mempercepatkan proses membuat keputusan.

CS Tan

“Dengan menyepadukan teknologi GIS dalam operasi sedia dalam apa jua industri, bebanan kerja untuk mengumpul data daripada semua sumber boleh disalurkan terus kepada satu platform lalu membolehkan keputusan penting dilaksanakan,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 1985, ESRI Malaysia telah mempermudahkan operasi pelbagai agensi kerajaan dan syarikat untuk memetakan data mereka bagi melancarkan proses membuat keputusan berdasarkan pengiraan alternatif hasil analisis daripada ArcGIS.

Menurut Tan, syarikat-syarikat pelbagai industri seperti Eksplorasi, Pembangunan, Pengeluaran & Operasi serta Penyelenggaraan dan Pemantauan di bawah kumpulan PETRONAS telah memanfaatkan teknologi GIS sejak tahun 2006 menerusi alat visualisasi dan pemetaan GIS.

“Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak organisasi atau individu yang mengumpulkan maklumat berdasarkan lokasi bagi melahirkan generasi komuniti pintar yang berkembang maju seiring dengan kecanggihan teknologi,” tambahnya. - DagangNews.com