Petronas dilapor beri kontrak eksklusif 3 tahun kepada Welltec | DagangNews Skip to main content

Petronas dilapor beri kontrak eksklusif 3 tahun kepada Welltec

 

KUALA LUMPUR 16 April - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dilaporkan memberi kontrak eksklusif selama tiga tahun kepada sebuah syarikat dari Denmark, Welltec. 

 

Kontrak itu meletakkan Welltec sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan hantaran dalam lubang dan mekanikal berkuasa di Semenanjung serta Timur Malaysia. 

 

Ini meliputi kesemua aktiviti campur tangan pengendali, menurut laporan Upstream Online.

 

Jelas laporan itu lagi, perkhidmatan tersebut yang berdasarkan sewaan harian atau bulanan akan dipilih oleh aset Petronas yang berlainan bagi projek akan datang, dalam tempoh 36 bulan nanti.

 

Ini merupakan kontrak baharu ketiga yang berjaya diraih Welltec dari syarikat minyak dan gas Malaysia itu selepas tahun 2014, 2017 dan seterusnya lanjutan perkhidmatan pada 2019.

 

Tambah laporan itu, kontrak ini merangkumi skop perkhidmatan yang sama tetapi ruang geografi telah meningkat daripada hanya Sarawak dan Sabah kepada semua aset Petronas di negara ini.

 

“Walaupun sebahagian besar perkhidmatan telah berjaya dijalankan untuk Petronas berdasarkan perjanjian sebelum ini, kini perkhidmatan tambahan seperti bit beredar terbalik (RCB) dan beberapa ukuran pemotong telaga juga telah ditambahkan ke dalam senarai,” jelas laporan itu. - DagangNews.com