Practicum umum penukaran nama global kepada TripleTen, sempena kod binari 101010 | DagangNews Skip to main content

Practicum umum penukaran nama global kepada TripleTen, sempena kod binari 101010

KUALA LUMPUR 7 Julai – Practicum, penyedia kem latihan dalam talian mengumumkan akan menjalani penjenamaan semula global dan beroperasi di bawah nama baharu yang menepati objektif utamanya, TripleTen mulai 14 Jun lalu.

 

Penjenamaan semula strategik ini mencerminkan komitmennya untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan pertumbuhan dan kemajuan di samping menawarkan program pendidikan bertaraf dunia dalam landskap digital yang berkembang pesat.

 

Keputusan untuk beralih daripada Practicum kepada TripleTen didorong oleh kod binari 101010. Data sentiasa menjadi teras Practicum, memberi inspirasi kepada pelajarnya untuk menukar kerjaya menerusi kaedah yang telah terbukti sebagai cara terbaik untuk memenuhi keperluan mereka.

 

Menerusi keputusan ini, nama baharu TripleTen boleh diselaraskan dengan lebih baik agar menepati nilai teras dan cita-cita jenama itu.

 

Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada semua tentang komitmennya yang tidak berbelah-bahagi untuk menyampaikan program pembelajaran dalam talian terhebat yang mesra pelajar peringkat permulaan bagi memperkasakan mereka dengan kebebasan untuk menentukan dan mengubah haluan hidup mereka sendiri.

 

Pengarah Practicum  Asia Tenggara, Herdian Mohammad berkata, pihaknya sangat teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini sebagai TripleTen.

 

Herdian Mohammad
     Herdian Mohammad

 


“Menerusi detik penting ini, kami yakin bahawa nama baharu ini benar-benar mencerminkan inti pati kecemerlangan yang kami berusaha capai untuk pelajar kami.”

 

Para pelajar boleh merasai sendiri era baharu pengalaman pembelajaran dan semangat yang dipertingkatkan, yang sememangnya mantap sejak dari awal.

 

Para pelajar bukan sahaja boleh mengalami kualiti serta akses yang datang dengan kurikulum TripleTen yang fleksibel dan sejajar dengan keperluan industri, malah mereka juga boleh menjangkakan lebih banyak kerjasama dan pengaktifan tempatan bagi memupuk semangat kekitaan yang lebih mendalam antara TripleTen dan para pelajar.

 

Selain daripada itu, TripleTen turut mengulangi komitmennya untuk memastikan graduan berjaya mendapatkan pekerjaan dengan mengekalkan jaminan bahawa para pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan bagi mendapatkan jawatan dalam bidang yang dikehendaki oleh mereka dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, atau mereka akan menerima bayaran balik sepenuhnya.

 

Jaminan pulangan wang ini menunjukkan komitmen TripleTen dalam memberikan hasil yang bebas risiko dan nyata, serta memastikan pelaburan para pelajar membuahkan peluang pekerjaan yang berharga.

 

Dengan penukaran nama global ini, semua platform, komunikasi, dan bahan dalam talian akan dikemaskinikan bagi mencerminkan jenama TripleTen yang baharu dan dipertingkatkan, menandakan detik penting dalam misinya untuk mendefinisikan semula peningkatan kemahiran di seluruh dunia.

 

Para pelajar boleh menjangkakan proses peralihan yang serba lancar dan terus mengalami standard baharu pendidikan dalam talian. TripleTen mengalu-alukan pelajar dari segenap pelosok dunia, termasuk Malaysia, dan turut mengalu-alukan kerjasama dengan entiti di rantau ini untuk sama-sama berganding bahu dan menempa masa depan latihan dalam talian.  DagangNews.com