KUALA LUMPUR 7 Julai - PricewaterhouseCoopers (PwC) PLT Malaysia melantik Nurul A'in Abdul Latif sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif firma itu berkuat kuasa 1 Julai, 2022.
Pelantikan itu merupakan sebahagian pelan peralihan kepimpinan yang akan menyaksikan Nurul A’in menggantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi sebagai Pengerusi Eksekutif selepas beliau bersara tahun depan, menurut PwC Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohammad Faiz berkata Nurul A’in layak untuk jawatan itu dan pengalaman kerjanya yang luas di seluruh spektrum pelanggan PwC meliputi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, entiti kepentingan awam dan organisasi bukan kerajaan akan menjadi pemacu pertumbuhan masa depan firma ini.
Beliau juga akan menjadi contoh yang cemerlang sebagai ketua eksekutif wanita pertama firma ini bagi profesion kami,” katanya dalam kenyataan yang sama. - DagangNews.com