Range Rover Velar diberi nafas baharu | DagangNews Skip to main content

Range Rover Velar diberi nafas baharu

PETALING JAYA 5 Ogos – Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 diberi nafas baharu dengan rekaan dalaman yang dipertingkatkan, penambahbaikan terhadap Sistem Bantu Pandu, Pivi-Pro – sistem infotainmen intuitif serba baharu serta pelbagai ciri lain termasuk Suspensi Udara Elektronik.

 

Penambahbaikan bahagian dalaman Velar diinspirasikan daripada industri serupa seperti rekaan dalaman, fesyen dan barangan elektronik bagi memberikan ruang dalaman baharu ini satu peningkatan yang ketara.

 

Perubahan yang dapat dilihat termasuk togol penganjak dan reka bentuk stereng baharu dengan butang pintar dan ciri pengesan roda yang praktikal.

 

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif yang meningkatkan kepuasan kepada sesiapa yang berada di dalamnnya, termasuk lampu kabin, skrin sentuh dwi 10-inci, Skrin Paparan Pemandu Interaktif 12.3-inci, Papar Pandu berwarna dan banyak lagi.

 

Sistem Bantu Pandu telah ditambah baik dengan Kamera Keliling 3D yang memberikan pandangan 3-dimensi sekeliling Velar yang menjadikan pengemudian merentasi pelbagai permukaan menjadi lebih mudah – memaparkan beberapa pandangan serentak termasuk pandangan perspektif 3D dari bahagian atas dan ClearSight Ground View.

 

 

Velar
Diinspirasi daripada peranti mudah alih terbaharu, Pivi Pro, sistem infotainmen serba baharu Jaguar Land Rover disuai khusus untuk memaparkan informasi yang relevan kepada pemandu dan boleh diakses terus dengan hanya satu atau dua sentuhan.

 
 

Menyambungkan dua telefon mudah alih boleh dinikmati serentak tanpa perlu menukar sambungan.

 

Satu lagi ciri hebat yang terdapat pada Velar adalah sistem Active Road Noise Cancellation (ARNC). Ia didatangkan bersama Sistem Bunyi Meridian yang berfungsi seperti fon kepala pembatal bunyi untuk memberikan suasana kabin yang lebih senyap dan mewah.

 

 

Velar

 

 

Sistem Gantungan Udara Eletronik dengan akses pelarasan ketinggian automatik merupakan satu lagi pembaharuan yang ada pada Range Rover Velar 2021. Ia dapat melaras ketinggian Velar dengan cepat membolehkan keempat-empat roda di atas tanah, walaupun di atas permukaan tidak rata.

 

Memasuki atau meletakkan barang ke dalam Velar juga menjadi mudah. Ketinggian Velar boleh diubah suai +/- 50mm untuk disesuaikan mengikut keperluan dengan menggunakan skrin sentuh, kunci kawalan jauh atau butang kawalan yang ada di bahagian ruang beban.

 

Tambahan pula, fungsi penurunan ketingggian yang merupakan ciri suspensi udara ini mengurangkan ketinggian kenderaan sebanyak 10mm untuk meningkatkan aerodinamik kenderaan dan kecekapan bahan api apabila dipandu melebihi 105km/j.

 

Wade Sensing, ciri unik untuk model Land Rover kini terdapat pada Range Rover Velar 2021. Sistem ini menggunakan sensor ultrasonik di bahagian cermin luar untuk memaparkan melalui skrin sentuh dan memberi bunyi amaran kepada pemandu sekiranya air hampir mencecah paras kedalaman randukan air kenderaan.

 

Mengekalkan tren kuasa setinggi P250, Velar menghasilkan tenaga 249 PS dan daya kilas maksimun setinggi 365Nm, antara 1,300rpm dan 4,500rpm. Prestasi luar biasa dan kecekapan terhasil daripada tren kuasa Ingenium yang dipadankan dengan transmisi automatik smooth-shifting ZF lapan-kelajuan dengan pacuan all-wheel Intelligent Driveline Dynamics.

 

 

Velar
Transmisi automatik smooth-shifting ZF lapan-kelajuan dengan pacuan all-wheel Intelligent Driveline Dynamics.

 

 

Dibangunkan di pusat pembangunan Jaguar Land Rover UK, Velar dikeluarkan di kilang yang terletak di Solihull.

 

Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 kini berada di pasaran dengan harga bermula dari RM612,207.74 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans). – DagangNews.com