RON97, RON95 naik 3 sen mulai esok | DagangNews Skip to main content

RON97, RON95 naik 3 sen mulai esok

RON97, RON95 naik 3 sen mulai esok

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Feb.- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing meningkat sebanyak tiga sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Februari 2021.

 

Kementerian Kewangan memberitahu, harga tersebut dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

 

"Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM2.20 seliter kepada RM2.23 seliter.

 

"Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak tiga sen iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter

 

"Harga runcit diesel naik sebanyak empat sen seliter iaitu daripada RM2.07 seliter kepada RM2.11 seliter," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam kenyataan yang sama, Kementerian Kewangan memberitahu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang berterusan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - DagangNews.com