Saham Asia meningkat didorong lonjakan pasaran ekuiti Eropah  | DagangNews Skip to main content

Saham Asia meningkat didorong lonjakan pasaran ekuiti Eropah 

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Pasaran saham Asia dijangka meraih keuntungan sederhana hari ini didorong oleh saham Eropah yang turut melonjak. 

Prestasi itu sekaligus menunjukkan ketahanannya, walaupun pasaran saham Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh sektor teknologi merosot. 

Bagaimanapun, mata wang pound merudum, terjejas akibat tiada perjanjian Brexit berjaya dimeterai.

Mata wang berkenaan merosot bagi tempoh yang agak lama sejak Jun susulan prospek perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) dijangka tidak mampu mencapai kata sepakat.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semalam mengatakan beliau bersedia untuk tidak berbincang daripada berkompromi dan menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh akhir mencapai kesepakatan.

Menurut Bloomberg, Jepun, Australia dan Hong Kong menyaksikan niaga hadapan yang lebih tinggi.

Saham Stoxx 600 di Eropah pula mengaut keuntungan tinggi didorong oleh pengeluar kenderaan, manakala kontrak niaga Indeks S&P 500 pula mencatatkan paras lebih tinggi.

Harga minyak terus diniagakan di bawah AS$40 satu tong memandangkan Arab Saudi memotong harga komoditi itu, sekali gus menunjukkan penggunaan bahan api mula lemah dalam pasaran utama. 

“Aset China pula akan menjadi tumpuan selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan niatnya untuk mengekang hubungan ekonomi dengan negara tersebut,” jelas Bloomberg. - DagangNews.com