Saham Handal Energy meningkat ke paras tertinggi selepas Deepetro Offshore muncul pemegang saham utama syarikat itu | DagangNews Skip to main content

Saham Handal Energy meningkat ke paras tertinggi selepas Deepetro Offshore muncul pemegang saham utama syarikat itu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Saham Handal Energy Berhad meningkat kepada paras tertinggi selepas hampir tiga tahun pada hari ini selepas Deepetro Offshore Brokers Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu.

 

Perkara itu sekali gus mengesahkan laporan DagangNews terhadap kemungkinan berlaku perubahan pegangan saham di dalam kumpulan itu.

 

BACA JUGA: Handal Energy disebut-sebut bakal menyaksikan perubahan pegangan saham, termasuk kemungkinan babitkan GLC

 

Saham penyedia perkhidmatan bersepadu minyak dan gas itu dibuka pada 25 sen, lebih tinggi satu sen daripada harga penutupnya pada Selasa (8 Ogos 2023), sebelum mencapai puncak harian 28.5 sen iaitu tertinggi sejak 30 Disember 2020.

 

Salah satu saham aktif teratas, kira-kira 138.66 juta saham bertukar tangan, melepasi jumlah purata 200 hari sebanyak 44.19 juta saham, dan lebih 17 kali ganda daripada 7.72 juta saham yang diurus niaga pada hari dagangan sebelumnya.

 

Berdasarkan makluman di Bursa Malaysia menunjukkan bahawa Deepetro membeli 11.42% kepentingan atau 30.46 juta saham di pasaran terbuka pada 2 Ogos 2023 berharga RM114.08 juta.

 

"Deepetro melanggan saham itu pada 37 sen sesaham, lebih dua kali ganda harga penutup Handal Energy sebanyak 17.5 sen pada hari sama.

 

Sejak beberapa hari lalu, sahamnya semakin meningkat.

 

Handal Energy kembali menjadi mencatatkan keuntungan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) dengan untung bersih RM12.06 juta dan hasil RM17.5 juta.

 

Tiada angka perbandingan untuk 1QFY22 kerana syarikat itu menukar akhir tahun kewangannya dari 30 Jun kepada 31 Disember. - DagangNews.com