Segmen UHP diunjur kekal penyumbang terbesar pendapatan Kelington - Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

Segmen UHP diunjur kekal penyumbang terbesar pendapatan Kelington - Malacca Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Segmen ketulenan ultra tinggi (UHP) diunjur kekal menjadi penyumbang terbesar kepada Kelington Group Berhad terutama selepas tempahan tertunggaknya lebih banyak ke arah segmen itu.

 

Malacca Securities berkata, untung bersih teras 2QFY23 meningkat 40.6% kepada RM19.1 juta, dirangsang oleh sumbangan lebih tinggi daripada UHP dan gas industri. Hasil bagi suku tersebut meningkat 36.0% kepada RM424.9 juta

 

Untuk 6MFY23, keuntungan bersih teras pada RM35.3 juta melebihi jangkaan dan konsensus masing-masing sebanyak RM59.4 juta dan RM63 juta.

 

"Prestasi yang lebih baik daripada yang dijangkakan terutamanya didorong oleh margin yang lebih baik daripada campuran segmen, ditambah dengan pengiktirafan kukuh bagi segmen UHP yang sedang berjalan.

 

"Pada suku tersebut, sebahagian besar hasil (68.1%) diperolehi daripada segmen UHP, diikuti oleh kontrak am (18.3%), gas industri (6.8%), kejuruteraan proses (6.0%), peralatan & bahan (0.8%) dan segmen perkhidmatan (0.1%)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, apda akhir suku kedua 2023, buku pesanan terkumpul kumpulan itu sebanyak RM1.77 bilion yang mewakili dan nisbah buku pesanan untuk menampung nisbah 1.4x berbanding hasil FY22 sebanyak RM1.27 bilion akan mengekalkan keterlihatan pendapatan dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

Sementara itu, katanya, buku tender kekal sihat pada paras melebihi RM1 bilion, dengan pemain semikonduktor utama di rantau ASEAN terus berada di landasan dalam rancangan pengembangan mereka.

 

"Kami menjangkakan segmen gas industri akan menjana sumbangan yang lebih tinggi daripada kontrak bekalan gas industri 10 tahun kepada pemain semikonduktor optoelektronik terkemuka bernilai RM180 juta yang bermula pada suku oertama 2023. 

 

"Memandang ke hadapan, loji LCO2 kedua sebahagian besarnya berada di landasan untuk pengeluaran komersial pada suku keempat tahaun ini juga akan meningkatkan segmen yang disebutkan di atas," katanya.

 

Malacca Securities mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.85 sesaham," katanya. - DagangNews.com