Semua negeri lepasi 50% kadar vaksinasi golongan dewasa | DagangNews Skip to main content

Semua negeri lepasi 50% kadar vaksinasi golongan dewasa

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Kesemua negeri di Malaysia merekodkan kadar vaksinasi bagi golongan dewasa melebihi 50%.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, peratusan kumulatif populasi dewasa yang divaksin meningkat kepada 18.4 juta atau 78.9% setakat 23 Ogos 2021.

 

,

 

Seramai 13.3 juta atau 56.9% daripada jumlah itu telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klamg mencatatkan peratusan vaksinasi golongan dewasa tertinggi iaitu 101.4% dan 109.3%.

 

Dalam data sama, JKJAV merekodkan peningkatan jumlah kumulatif vaksinasi Malaysia kepada 31.7 juta bagi tempoh sama.

 

.

 

Jumlah itu melibatkan 18.4 juta pemberian dos pertama dan 13.3 juta pemberian bagi dos kedua.

 

Jumlah tersebut menjadikan peratusan populasi divaksin di negara ini meningkat kepada 56.6%.

 

Sebanyak 40.8% daripadanya telah melengkapkan dua dos vaksin.

 

.

 

Sementara itu, bagi jumlah pemberian dos secara harian pula, sebanyak 396,578 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah itu terdiri daripada 150,469 dos pertama dan 246,109 pemberian dos kedua. - DagangNews.com