PUTRAJAYA 4 Ogos - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas yang disiarkan secara langsung di media utama pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Pagi ini, Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Perutusan Tan Sri Muhyiddin ini dijangka berkait dengan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional berikutan pengumuman UMNO menarik balik sokongan, semalam.
TERKINI : Muhyiddin kekal Perdana Menteri, akan adakan undi percaya di Parlimen bulan depan