Spritzer tawar promosi eksklusif untuk hilangkan dahaga semasa cuaca panas di Shopee | DagangNews Skip to main content

Spritzer tawar promosi eksklusif untuk hilangkan dahaga semasa cuaca panas di Shopee

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, kini menawarkan promosi eksklusif di kedai rasmi Syarikat di Shopee bersempena Festival Jenama 8.8 Shopee yang berakhir pada 8 Ogos 2021.

 

Kekalkan keselamatan diri anda, kekal hidrasi dan sihat di dalam cuaca panas sekarang dengan membeli pelbagai pelan langganan Air Mineral Semula Jadi Spritzer terus dari rumah secara selesa menerusi https://shopee.com.my/spritzer.os daripada harga serendah RM127.50 sebulan bagi memenuhi keperluan berbeza isi rumah yang boleh dihantar secara selamat ke rumah anda.

 

Selain itu, setiap pelan langganan didatangkan dengan dispenser pam air yang boleh dicaj semula, yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga ringan dari segi reka bentuk, kompak dan mudah alih.

 

Spritzer juga dengan sukacitanya memperkenalkan So Tinge!, barisan baharu minuman berkabonat berperisa buah-buahanyang didatangkandi dalam tiga perisa – lemon, anggur dan tembikai, dibotolkan dalam kandungan 325ml, yangmenyegarkan dan menghilangkan dahaga pada hari panas.

 

Bersempena dengan Festival Jenama 8.8 Shopee, Spritzer menawarkan di kedai rasmi Syarikat di Shopee pilihan Spritzer Sparkling dengan potongan 50% daripada harga biasa. Sehingga 8 Ogos 2021, pengguna juga akan menikmati baucar menarik kedai seperti berikut:


 

spritzer

●            Potongan RM10, dengan minimum perbelanjaan RM120

●            Potongan 88%, dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5

●            Potongan 50%, dengan minimum perbelanjaan RM1, dihadkan pada RM5

 

 

Selain tawaran menarik ini, para pengguna yang membeli belah di kedai rasmi Spritzer di Shopee, juga akan menikmati penghantaran percuma dengan minimum perbelanjaan serendah RM8, potongan harian 88% dan tawaran berjenama RM8. Terdapat juga sehingga 38 juta Syiling Shopee untuk direbut bersama ganjaran Shopee apabila pembeli bermain Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble, Shopee Candy dan banyak lagi.

 

Kumpulan Syarikat Spritzer terdiri daripada lapan subsidiari perniagaan, mengkhusus kepada pengilangan dan pengedaran air mineral semula jadi, air mineral semula jadi sparkling, air minuman disuling, minuman berperasi buah-buahan tidak berkarbonat dan minuman berfungsi.

 

Syarikat telah beroperasi untuk selama lebih daripada 30 tahun, dan merupakan pengeluar air botol terbesar, terus dan satu-satunya tersenarai awam. Sila lawat www.spritzer.com.my/ untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com