Suruhanjaya Sekuriti umum platform e-bayaran baharu e-PATH | DagangNews Skip to main content

Suruhanjaya Sekuriti umum platform e-bayaran baharu e-PATH

KUALA LUMPUR 18 April - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelancaran hab pembayaran elektronik baharunya yang juga dikenali sebagai e-PATH.

 

e-PATH menyediakan cara yang lebih lancar dan selamat bagi peserta pasaran dan orang ramai membuat pembayaran dalam talian kepada SC.

 

e-PATH merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital SC dan membolehkan proses pembayaran dalam talian yang lebih mudah untuk pelbagai yuran kawal selia dan pendaftaran yang berkaitan dengan kebanyakan penyerahan yang dibuat kepada SC.

 

Ini termasuk yuran untuk, antara lain, permohonan untuk tawaran awam permulaan, pemindahan penyenaraian, serta pengambilalihan dan penggabungan.

 

e-PATH, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei 2023, akan membantu menambahbaik pengalaman pengguna secara keseluruhan melalui pemprosesan pembayaran yang lebih cekap, penyepaduan dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, perbankan dalam talian, dan akses kepada pengesanan status pembayaran secara realtime.

 

Untuk mengakses e-PATH dan untuk maklumat lanjut, sila lawat di sini. - DagangNews.com