TA Research jangka pendapatan Velesto pada suku tahun akan datang lebih rendah | DagangNews Skip to main content

TA Research jangka pendapatan Velesto pada suku tahun akan datang lebih rendah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Sept - Pendapatan Velesto Energy Berhad dijangka menjadi lebih rendah pada suku tahun akan datang kesan daripada kadar penggunaan yang lebih rendah.

 

TA Research berkata, sebahagian daripada pelantar jack up akan tinjauan berkala khas (SPS) atau pemeriksaan bawah air sebagai ganti daripada drydocking (UWILD) sepanjang 3QFY23.

 

Katanya, dengan penanda aras minyak mentah Brent dijangka kekal melebihi AS$80/bbl sehingga akhir 2023 firma itu menjangkakan untuk melihat lebih banyak perbelanjaan oleh pengeluar minyak utama pada masa hadapan.

 

"Ini, ditambah dengan persaingan yang tinggi untuk pelantar jack-up di seluruh dunia sepatutnya memberikan peningkatan yang menggalakkan kepada purata kadar sewa harian (DCR). 

 

"Kadar penggunaan pelantar jack-up di Asia Tenggara kekal pada 100%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan pendapatan teras sebanyak RM30.6juta bagi 1HFY23 (1HFY22: kerugian teras RM86.3juta) melepasi jangkaan pada 35% daripada ramalan tahun penuh dan konsensus.

 

Varians negatif disebabkan perbelanjaan operasi dan kos kewangan yang lebih tinggi daripada jangkaan.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) 22 sen sesaham. - DagangNews.com