KUALA LUMPUR 30 Ogos - TA Research menjangkakan Apex Equity Holdings Berhad terus mencatatkan pertumbuhan pendapatan sederhana pada FY23, disokong oleh urus niaga yang lebih stabil.
Firma penyelidikan itu mengunjurkan usaha berterusan Bursa Malaysia bagi mengukuhkan ekosistem bagi mengembangka kerancakan pasaran selain menarik lebih banyak penyertaan asing seharusnya membantu merangsang aktiviti perdagangan serta jumlah dagangan dalam pasaran.
"Kami mengunjurkan dagangan dalam pasaran kekal stabil pada tahap 28% antara FY23 hingga FY25," katanya dakam satu nota kajian, hari ini.
Terahulu, kumpulan itu melaporkan keuntungan bersih pada 1HFY23 sebanyak RM3.59 juta, meningkat 4.6% dari tahun ke tahun daripada RM3.43 juta pada 1HFY22.
Bagaimanapun, keputusan itu adalah di bawah jangkaan, dengan keuntungan bersih menyumbang 42% daripada ramalan setahun penuh firma itu.
Keadaan itu disebabkan oleh perbelanjaan pengurusan yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang meningkat sebanyak 29.2%.
Hasil 1HFY23 berkembang sebanyak 19.1% disebabkan oleh sumbangan pendapatan faedah pinjaman daripada operasi pinjaman wang berjumlah RM3.35 juta dan peningkatan sedikit dalam aktiviti pembrokeran saham dan sekuriti berjumlah RM17.5 juta berbanding RM17.4 juta pada 1HFY22.
TA Research mengekalkan penarafan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM1.19 sesaham. - DagangNews.com