Takaful Malaysia perkenal pelan Takaful myClick Motor FlexiSaver | DagangNews Skip to main content

Takaful Malaysia perkenal pelan Takaful myClick Motor FlexiSaver

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (Takaful Malaysia), melancarkan secara maya Takaful myClick Motor FlexiSaver iaitu pelan takaful motor flexi pertama negara dengan perlindungan harian Pay As You Drive. 

 

Pelancaran bersama rakan teknologi Fusionex, disempurnakan Pengerusi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Datuk Mohammed Hussein, 

 

"Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat keputusan dan membayar hanya perlindungan yang mereka perlukan, apabila perlu. Dengan lebih ramai orang yang kurang memandu hari ini atau sesetengah mungkin menghadapi masalah kewangan akibat COVID-19, Takaful myClick Motor FlexiSaver adalah pilihan terbaik. 

 

"Pelan ini bersesuaian dengan keperluan kewangan serta memberi perlindungan bagi mereka yang jarang memandu atau memiliki beberapa kereta dan penjimatan terhadap pelan insurans atau takaful motor. 

 

"Cukup untuk saya katakan bahawa Takaful myClick Motor FlexiSaver ini adalah ialah kemenangan mudah untuk pelanggan menikmati penjimatan yang hebat dan ketenangan fikiran apabila mereka memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Takaful myClick Motor FlexiSaver adalah pelan takaful motor dalam talian yang menyediakan perlindungan setahun untuk kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kebakaran atau kecurian, serta kecederaan anggota badan, kematian atau kerosakan harta benda pihak ketiga. 

 

Produk itu ditawarkan melalui portal jualan dalam talian Takaful Malaysia dan aplikasi mudah alih Click for Cover.

 

Pelan itu ini menyediakan program bantuan 24 jam untuk khidmat tunda kerosakan tanpa had dan pembaikan kecil di bahu jalan, termasuk penukaran tayar, penghantaran bahan api, penukaran bateri dan jump start

 

Menampilkan perlindungan harian Pay As You Drive untuk kerosakan kemalangan pada kenderaan anda dan perlindungan kemalangan peribadi percuma sebanyak RM15,000 untuk pemandu dan semua penumpang serta khidmat tunda kemalangan. 

 

Takaful myClick Motor FlexiSaver juga menawarkan pilihan perlindungan tambahan untuk cermin depan, kemalangan peribadi, dan penggantian kunci. 

 

Pelanggan juga akan terus mendapat potongan diskaun 10% apabila memohon pelan asas Takaful myClick Motor FlexiSaver, dan apabila mengaktifkan perlindungan harian Pay As You Drive.-DagangNews.com