Terdapat 175,000 warga Indonesia bekerja di sektor perladangan Sabah | DagangNews Skip to main content

Terdapat 175,000 warga Indonesia bekerja di sektor perladangan Sabah

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kira-kira 175,000 warga Indonesia direkodkan bekerja di sektor perladangan di Sabah, kata Konsul Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo.

 

Aris berkata, hubungan kedua-dua negara sudah melangkaui sektor ekonomi dan kini memasuki hubungan interpersonal.

 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas kerjasama dan keprihatinan terhadap warga Indonesia, khususnya di Sabah,  mengenai keperluan kesihatan dan pendidikan mereka,” katanya.

 

gbddg
Konsul Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo (kiri) mengadakan kunjungan hormat kepada ketua negara Sabah, Yang diPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, semalam. - Gambar dari Jabatan Penerangan Sabah

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan rombongan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, di Istana Seri Kinabalu pada Khamis.

 

Di samping itu, Aris dan isterinya Diah Mandarasih Utomo, turut menyampaikan salam daripada Presiden Indonesia Joko Widodo dan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi kepada Juhar.

 

Aris memulakan tugasnya sebagai konsul baharu pada 16 Mei, menggantikan Heni Hamidah, yang telah kembali berkhidmat di ibu pejabat Kementerian Luar di Jakarta, Indonesia. - DagangNews.com